BUSTAN AL-SALATIN PDF

Nuruddin al-Raniri adalah seorang ulama, sejarawan, sastrawan dan ahli tasawuf terkemuka abad ke M yang pernah hidup di Aceh Darussalam. Namanya juga masyhur ke seluruh negeri sebagai ulama madzab Syafii, penulis kitab fiqih pertama yang komprehensif dalam bahasa Melayu. Salah satu cabang ilmu fiqih yang sangat dikuasai olehnya bukan hanya fiqih ibadah, tetapi juga fiqih duali yang berkaitan dengan seluk-beluk pemerintahan, undang-undang negeri, dan adab secara umum. Karyanya yang terkenal ialah Bustan al-Salatin Taman Raja-raja.

Author:Yozshusar Maugore
Country:Syria
Language:English (Spanish)
Genre:History
Published (Last):8 May 2010
Pages:376
PDF File Size:12.53 Mb
ePub File Size:9.79 Mb
ISBN:342-8-25711-746-5
Downloads:28410
Price:Free* [*Free Regsitration Required]
Uploader:Malaktilar



Teks tersebut lahir dalam wawasan pengarang memberi panduan dan nasihat tentang adab pemerintahan kepada raja-raja Aceh berteraskan kerangka keislaman. Pada tahap yang lebih sakral, teks nukilan Nuruddin al-Raniri ini turut memancarkan cahaya mutiara kesufian kepada raja-raja, suatu dimensi pemikiran yang selaras dengan kebangunan Aceh sebagai Darussalam pada abad ke yang lalu. Pengarang Bustan al-Salatin dengan itu berkecenderungan untuk memberi panduan dan nasihat kepada para pemerintah tentang aspek-aspek kerohanian dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, bukan melalui doktrin, falsafah atau susun-atur ajaran Sufi, sebaliknya tercerna dalam nada amalan kerohanian yang praktikal sifatnya.

Kupasan terhadap persoalan-persoalan di atas akan menjadi inti pati tulisan ini sehingga akhirnya akan menjurus ke arah kemanfaatan segala cahaya mutiara kesufian tersebut kepada para pemerintah kerajaan Melayu keseluruhannya.

Nuruddin al-Raniri merupakan seorang ulama, pengarang, ahli Sufi dan ahli sejarah yang berasal dari Rander, Gujarat, India. Beliau tiba di Aceh sekitar tahun dan seterusnya berkhidmat di bawah naungan Sultan Iskandar Thani Keilmuan Nuruddin al-Raniri dapat dikesan melalui sejumlah kira-kira 30 buah kitab yang telah dihasilkannya meliputi bidang fekah, sejarah dan perbincangan tentang persoalan tasawuf, sama ada ditulis dalam bahasa Arab ataupun bahasa Melayu.

Di India ketika itu, telah berlaku polemik yang hebat terhadap fahamanWandat al-Wujud yang ditentang keras oleh Syeikh Ahmad Sirhindi yang berpegang kepada Wandat al-Shuhud. Polemik tersebut berterusan hingga zaman pemerintahan Shah Jahan , yakni, dalam tempoh masa yang hampir sama dengan tarikh kedatangan Nuruddin al-Raniri ke Aceh.

Besar kemungkinan polemik kesufian dan keintelektualan yang berlaku di India telah memberi pengaruh kepada tindakan keras Nuruddin al-Raniri menentang ajaran Wujudiyyah pegangan Hamzah Fansuri dan Syamsuddin al-Sumaterani semasa beliau berada di Aceh. Malahan, kritikan Nuruddin al-Raniri terhadap Wujudiyyah sudah pun disuarakan dalam karyanya yang pertama, Sirat al-Mustakim, yakni, sebuah kitab khusus yang membicarakan persoalan ilmu fikah.

Dan dinamai fakir kitab ini Bustan al-salatin, ertinya, kebun segala raja-raja, dan menyatakan permulaan segala kejadian dan kesudahannya. Dalam Sirat al-Mustaqim, terdapat kritikan Nuruddin al-Raniri terhadap pengikut Wujudiyyah yang dikatakannya sebagai mulhid dan melarang masyarakat mengamalkannya rujuk Sirat al-Mustaqim di bahagian sisi Sabil al-Muhtadin, halaman Di dalam diarinya, Peter Sourij mencatatkan akan kehadiran seorang ulama baru yang berasal dari Minangkabau bernama Saifulrijal,yang telah berjaya mengumpulkan pengikut-pengikut Wujudiyyah dan seterusnya melancarkan serangan balas terhadap hujah-hujah Nuruddin al-Raniri dalam beberapa siri perdebatan di istana.

Nuruddin al-Raniri akhirnya terpaksa meninggalkan Aceh untuk pulang ke tanahaimya. Sebagai sebuah karya adab ketatanegaraan, isi kandungan Bustan al-Salatin dipenuhi dengan pelbagai panduan dan nasihat tentang tatacara pentadbiran negara, menyamai karya-karya seperti Taj al-Salatin oleh Bukhari Jauhari atau pun Nasihat al- Muluk oleh Imam al-Ghazzali.

Walau bagaimanapun, dalam memberi panduan dan nasihat pemerintahan kepada raja-raja, Nuruddin al-Raniri tidak hanya mementingkan aspek-aspek kehidupan keduniaan, tetapi turut menekankan aspek kehidupan kerohanian para pemerintah. Seorang raja tidak hanya dinasihati supaya adil, bijaksana, pemurah, gagah dan perkasa, tetapi juga harus memiliki kekuatan jiwa kerohanian.

Dalam konteks ini, Bustan al-Salatin kaya dengan pelbagai panduan dan nasihat bernada kesufian yang tinggi nilainya, yang dapat diringkaskan dalam tiga tema perbincangan seperti berikut: i. Bab ini terdiri daripada dua bahagian fasal meliputi kisah raja-raja yang bertapa dan peri kehidupan anbia dan aulia pada masa silam.

Dalamnya dua fasal. Fasal yang pertama pada menyatakan kelakuan segala raja-raja yang bertapa yang meninggalkan dunia pada zaman yang terdahulu kala kerana mengikut keredaan Allah Taala.

Fasal yang kedua pada menyatakan kelakuan segala aulia Allah yang dahulu kala. Seorang yang bertapa akan berusaha membersihkan jiwa dengan amalan-amalan kerohanian yang tertentu, berzikir dan bermujahadah nafsu, justeru akan mendekatkan diri ke arah kehidupan yang zahid.

Perbuatan ini adalah amalan yang sebati dengan cara hidup para aulia dan orang salih yang banyak diceritakan dalam kitab-kitab agama. Pandangan Nuruddin al-Raniri disokong dengan petikan kata-kata orang salih seperti berikut: Kata Syeikh Zi al-Nun al-Misri radiallahu anhu, bahawa segala yang bertapa dalam dunia itu raja pada hari kiamat Bustan al-Salatin, MS UM 41, halaman Kata Syeikh Abi Madain radiallahu anhu, yang raja itu dua bahagi, suatu raja yang mengimpunkan segala hati segala hamba Allah dan yang sebenar-benar raja itu iaitu segala raja yang bertapa dalam dunia.

Dalam cerita-cerita tersebut, banyak dipaparkan bagaimana kisah raja yang mendapat hidayat kerohanian melalui peristiwaperistiwa yang mereka alami. Raja-raja tersebut akhirnya turun dari takhta dan mengembara menjalani kehidupan selaku seorang fakir yang mencari kebenaran. Berikut diperturunkan sebuah daripada cerita yang dimaksudkan: Kata sahibul hikayat, sekali persetua, ada seorang raja pada zaman yang dahulukala menitahkan berbuat sebuah mahligai amat indah perbuatannya dan perhiasannya.

Apabila sudahlah mahligai itu, maka raja pun menitahkan memanggil segala isi negeri berjamu mereka itu. Maka segala isi negeri itu pun datanglah ke mahligai itu makan minum bersuka-suka.

Syahadan raja pun menitahkan yang menunggu pintu, "Barangsiapa keluar daripada pintu mahligai ini, hendaklah kamu tanyai akan dia, adakah kamu melihat suatu aib pada mahligai ini atau tiada? Maka orang yang menunggu pintu itu pun menanyai tiap-tiap keluar seorang daripada mereka itu. Maka sahut mereka itu, "Suatu pun tiada aib pada mahligai ini. Maka ditanyai orang yang menunggu pintu itu kepada mereka, "Adakah lihat suatu aib pada mahligai ini?

Maka datang mereka itu. Maka sabda raja akan orang itu, "Apo dua aib yang kamu melihat pada mahligai ini? Maka berjalanlah ia kepada jalan Allah. Secara tersurat, petikan cerita di atas seolah-olah mendorong raja-raja agar turun takhta dan meninggalkan tanggungjawab pemerintahan demi mencari kemuliaan hidup kerohanian.

Walau bagaimanapun, membaca Bustan al-Salatin secara lebih tuntas akan membawa kepada beberapa kemungkinan makna yang lain. Seandainya diteliti keseluruhan isi kandungan teks tersebut, amat ketara sekali sanjungan Nuruddin al-Raniri terhadap institusi raja-raja yang wujud di Aceh ketika itu. Malahan sebahagian besar daripada isi kandungan Bustan al-Salatin adalah membicarakan peraturan,panduan dan nasihat tentang adab pemerintahan kepada raja-raja.

Secara tersirat, kehadiran Bab IV yang bernada kesufian lebih berbentuk "perbandingan" kepada raja-raja tentang kuasa dan takhta pemerintahan yang sebenarnya tidak sebesar mana berbanding dengan kepentingan bagi manusia mengamalkan ajaran agama dengan sebenar-benarnya.

Kuasa dan kedudukan sebagai raja tidaklah begitu utama seandainya dibandingkan dengan tuntutan bagi manusia mencari kebenaran dan keredaan Allah SWT. Nuruddin al-Raniri lebih bermatlamat menasihati raja-raja supaya menjadi pemerintah yang salih agar mendapat kerahmatan Allah semasa hidup di dunia dan di alam akhirat kelak.

Penekanan terhadap hal ini terdapat dalam petikan cerita berikut: Sekali persetua, pada suatu hari Iskandar Zulkarnain tiada semayam pada percintaannya, dan tiada ia keluar dari istana. Tatkala itu Jalinus Hakim pun masuk mengadap, maka dilihatnya Sultan Iskandar Zulkarnain dalam percintaannya, dan sembahnya, "Ya tuanku Syah Alam, apa yang dipercintakan, maka tiada Syah Alam keluar dari istana?

Maka daripada pekerjaan yang sia-sia inilah yang kupercintakan. Jikalau dikerjakan kerajaan dunia itu dengan sebenarnya, nescaya diperolehilah kerajaan akhirat yang kekal lagi tiada terkira-kira kemuliaannya. Nasihat: Sayugianya bagi segala hamba Allah yang mengerjakan segala pekerjaan dalam dunia kerana akhirat. Bustanus Salatin, MS UM41, halaman Salah seorang raja yang masyhur dalam cerita-cerita kerohanian Islam ialah Ibrahim ibn Adham, iaitu seorang legenda Sufi yang dikaitkan sebagai pemerintah kerajaan di Balkh m.

Salah sebuah anekdot yang terkenal tentangnya telah dipetik oleh Nuruddin al-Raniri seperti berikut: Sekali persetua, pada suatu hari, ada hamba serta Ibrahim ibn Adham berjalan, maka sampai kami kepada kubur. Maka Ibrahim ibn Adham pun berhenti di sisi kubur itu.

Maka katanya, "Rahmat Allah taala atas isi kubur ini," lalu menangis. Maka kata hamba akan dia, "Ya tuan hamba, kubur siapa ini?

Adalah ia sangat mengaramkan dirinya dalam laut dunia ini umpama ombak mengalun ia atas segala rakyatnya, dan cenderung kepada dunia. Maka datang kepadanya nugerah Allah taala serta diluputkan-Nya ia daripada laut yang maha dalam kepada anak yang sejahtera. Maka pada suatu hari ada ia bersekalian dengan permain serta dengan segala hulubalangnya, maka ia pun tidurlah, lalu ia bermimpi datang kepada seorang laki-laki pada sisi kepalanya. Maka diucapkannya suatu sahifah tersurat dalamnya dengan air emas demikian bunyinya: Jangan kaupilih yang fana daripada yang baqa, dan jangan engkau maghrur dengan kerajaanmu dan kebesaranmu dan kemuliaanmu, bahawasanya yang ada dalam kerajaanmu itu terlalu baik jikalau tiada akan berpindah dan lenyap dan binasa, dan terlalu baik sentosamu dan sukacitamu jika tiada ia seperti bermain-main jua adanya.

Maka segeralah engkau mengerjakan segala yang dititahkan Allah taala Maka ditinggalkannyalah kerajaan lalu ia berjalan pada segala bukit berbuat ibadat akan Allah taala. Bustan al-Salatin, MS UM41, halaman Cerita-cerita yang berkaitan dengan alam kerohanian seringkali dipenuhi dengan unsur-unsur yang luar biasa dan bernada perlambangan. Pemahaman terhadap cerita tersebut memerlukan daya taakulan yang lebih mendalam daripada para pembaca, memikir bukan hanya dengan deria akal, sebaliknya melalui mutiara hati nurani yang suci.

Sebagai contoh dapat dilihat dalam cerita Ibrahim ibn Adham yang bertemu dengan seorang syeikh yang boleh menghadirkan hidangan makanan secara memohon doa. Petikan ceritanya adalah seperti berikut Bustan al-Salatin, MS UM halaman : Maka ia syeikh pun sembahyang dua rakaat dengan segeranya serta kata ia akan hamba, "Berdiri sembahyanglah tuan hamba seperti sembahyang hamba ini. Maka tatkala hamba memberi salam, maka hamba lihat pada pihak kanan hamba terhantar makanan dan air yang sejuk.

Maka kata syeikh itu akan hamba, "Hai anak Adham, makanlah oleh tuan hamba daripada anugerah Allah dan mengucap syukurlah tuan hamba akan Dia pada anugerah-Nya ini. Dan hamba minum air itu serta hamba mengucap syukur akan Allah taala. Maka kata syeikh akan hamba, "Hai Ibrahim, bicarakanlah oleh tuan hamba dengan bicara yang sempurna dan jangan tuan hamba bersegera pada barang pekerjaan tuan hamba kerana bersegera itu daripada perbuatan syaitan jua.

Ketahui oleh tuan hamba bahawa Allah taala apabila dikehendaeki-Nya akan hamba-Nya dengan kebajikan maka dipilih-Nya akan dia berbuat ibadat akan Dia, dijadikan-Nya dalam hati hamba-Nya itu suatu pelita daripada cahaya kesucian Daripada Taman Ghairah kepada Taman Jannah Antara keseluruhan bab dan fasal yang terdapat dalam Bustan al-Salatin, Fasal ke dan Fasal ke daripada Bab II memperlihatkan perbezaan yang ketara daripada segi isi dan penggunaan bahasanya.

Kedua-dua fasal ini khusus membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan kerajaan Melayu. Fasal ke menceritakan sejarah asal-usul dan jurai keturunan raja-raja Melaka yang dipetik oleh Nuruddin al-Raniri daripada Sulalatus Salatin. Fasal ke pula menceritakan sejarah awal raja-raja Aceh yang tiada dinyatakan sumber rujukannya termasuk beberapa peristiwa semasa yang berlaku dalam zaman pemerintahan Sultan Iskandar Thani dan Sultanah Safiatuddin Tajul Alam.

Penceritaan dalam Fasal ke diwarnai pula dengan perlukisan sebuah taman yang indah dikenali sebagai "Taman Ghairah". Dalam menggambarkan keindahan taman tersebut, pengarang tidak menukilkannya secara mudah, sebaliknya mengolah dalam gaya bahasa yang tinggi nilai estetiknya.

Bahagian perlukisan taman itu dengan ketara sekali memperlihatkan kemahiran pengarangnya dalam menggunakan bahasa Melayu yang indah berseni dan kaya perbendaharaan katanya. Unsur-unsur "keghairahan" yang terdapat di dalam taman itu diperhalusi pula dengan gambaran suasana dan lambang-lambang kesufian yang asyik pada penghayatan para pembaca.

Keunikan olahan bahasa dan perlambangan "Taman Ghairah" telah menimbulkan pelbagai tanggapan daripada para sarjana sehingga ada yang mendakwa bahawa bahagian tersebut bukan hasil penulisan Nuruddin al-Raniri. Pandangan ini adalah berasaskan dapatan penulis tentang sumber rujukan yang besar kemungkinan telah digunakan oleh Nuruddin al-Raniri dalam mengarang keindahan taman tersebut, yakni, daripada Hikayat Indraputra.

Malahan, kita juga sedia mengetahui bahawa Nuruddin al-Raniri ada membaca Hikayat Indraputra seperti yang tercatat dalam Sirat al-Mustaqim. Seraya tersenyum maka Indraputra pun lalulah berjalan ke taman Ghairat diiringkan oleh bidadari itu. Maka dilihat oleh Indraputra taman Ghairat itu pagar jala-jalanya daripada tembaga suasa dan pintunya daripada emas sepuluh mutu bertatahkan ratna mutu manikam.

Maka Indraputra pun lalulah masuk ke dalam taman itu. Daripada keterangan di atas, dapat dibuat kesimpulan bahawa Nuruddin al-Raniri bukanlah orang pertama yang telah menggunakan nama "Taman Ghairah", sebaliknya nama tersebut mungkin bersumber daripada pembacaannya terhadap Taman Ghairat dalam Hikayat Indraputra.

Andaian ini disokong pula dengan perbandingan corak atau 9 Lihat perbincangan tentang hal ini dalam Grinter Catatan inimenunjukkan bahawa Nuruddin al-Raniri pernah membaca Hikayat Indraputra. Banyak nama tempat yang dinyatakan dalam Bustan al-Salatin turut dapat ditemui dalam Hikayat Indraputra. Suatu contoh yang baik terdapat dalam petikan berikut: Maka pada sama tengah lancang itu diperbuatnya suatu taman dan kolam, diikat dengan yakkub yang merah dan pasirnya daripada emas urai dan batunya daripada permata dan tanahnya daripada kesturi dan rumputnya daripada kumkum, dan di hulu air itu airnya manis dan kerang-kerangannya daripada mutia dan permata.

Syandan di hilir air itu airnya manis, kerang-kerangannya tiram dan sinting siput dan ganggang dan kerang dan ketam. Lain daripada itu beberapa bagai pula kerangkerangan. Maka taman itu dibubuhnya pagar jala-jala daripada perak dan pintunya daripada emas terlalu indah-indah perbuatannya. Syandan pada tepi kolam itu diaturnya jambangan, ada jambangan emas, ada jambangan perak, ada jambangan tembaga suasa. Maka pada jambangan emas itu ditanaminya cempaka hijau, dan pada jambangan perak itu ditanaminya bunga air mawar, dan pada jambangan tembaga suasa itu ditanaminya bunga melur susun dan bunga seroja dan bunga seganda.

Syandan bagai-bagai bunga yang pada tanamnya ada bunga pekan, ada bunga gambir, ada bunga anggrek, sekalian dengan jambangan bagai-bagai dan beberapa pula kolam dalam tamanitu. Ada yang dengan kaca merah, ada yang diikat dengan kaca ungu, ada yang diikat dengan kaca hijau. Syandan bau airnya seperti air mawar. Maka pada sama tengah kolam itu diperbuatnya suatu balai gading bersendi-sendi dengan emas, terlalu indah-indah perbuatannya balai itu.

Syandan di hadapan balai itu ditanamnya sepohon kayu, batangnya daripada emas, daunnya daripada zamrut dan buahnya daripa manikam yang merah, dan di atas pucuk kayu itu ditaruhnya seekor burung pungguk, dan di bawah kayu itu ada seekor merak terlalu indah-indah rupanya.

KOBELCO 7035 PDF

BUSTAN AL-SALATIN PDF

Teks tersebut lahir dalam wawasan pengarang memberi panduan dan nasihat tentang adab pemerintahan kepada raja-raja Aceh berteraskan kerangka keislaman. Pada tahap yang lebih sakral, teks nukilan Nuruddin al-Raniri ini turut memancarkan cahaya mutiara kesufian kepada raja-raja, suatu dimensi pemikiran yang selaras dengan kebangunan Aceh sebagai Darussalam pada abad ke yang lalu. Pengarang Bustan al-Salatin dengan itu berkecenderungan untuk memberi panduan dan nasihat kepada para pemerintah tentang aspek-aspek kerohanian dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, bukan melalui doktrin, falsafah atau susun-atur ajaran Sufi, sebaliknya tercerna dalam nada amalan kerohanian yang praktikal sifatnya. Kupasan terhadap persoalan-persoalan di atas akan menjadi inti pati tulisan ini sehingga akhirnya akan menjurus ke arah kemanfaatan segala cahaya mutiara kesufian tersebut kepada para pemerintah kerajaan Melayu keseluruhannya. Nuruddin al-Raniri merupakan seorang ulama, pengarang, ahli Sufi dan ahli sejarah yang berasal dari Rander, Gujarat, India. Beliau tiba di Aceh sekitar tahun dan seterusnya berkhidmat di bawah naungan Sultan Iskandar Thani Keilmuan Nuruddin al-Raniri dapat dikesan melalui sejumlah kira-kira 30 buah kitab yang telah dihasilkannya meliputi bidang fekah, sejarah dan perbincangan tentang persoalan tasawuf, sama ada ditulis dalam bahasa Arab ataupun bahasa Melayu.

AL RAHEEQ UL MAKHTUM PDF

Bustan, Mannheim

Mokazahn Delivery and Returns see our delivery rates and policies thinking of returning an item? Please enter the message. You may have already requested this item. Please enter your name. You may send this item to up to five recipients. Create lists, bibliographies and reviews: Add a review al-salaatin share your thoughts with other readers. Lists What are lists?

BUCCI CAMPI ELETTROMAGNETICI PDF

Bustanus al-Salatin

.

Related Articles